Selamat Datang Ke Laman Rasmi Muafakat


Friday, April 30, 2010

ATASI MASALAH ANAK NAKAL

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial. Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Terjemahannya:
"Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami."
READ MORE - ATASI MASALAH ANAK NAKAL

DANA ULUL ALBAB


Akaun Tabung Dana Ulul Albab telah dibuka dengan rasminya pada 16 April 2010 oleh YDP MUAFAKAT iaitu Dr Ishak Bin Sulaiman bersama Setiausha Muafakat Al Fadhil Cikgu Fauzi di MAYBANK cawangan GEMENCHEH.

Segala sumbangan dari ibubapa,guru,pihak swasta amatlah dialu-alukan bagi melicinkan usaha melaksanakan program-program yang berkaitan dengan Ulul Albab.

Bagi urusan transaksi melalui "transfer" pemilik akaun maybank boleh menggunakan http://www.maybank2u.com.my/ untuk melakukan pemindahan wang.No akaun seperti tertera di bawah dan pastikan akaun tersebut di atas nama AKAUN MUAFAKAT MRSM GEMENCHEH.

Sebarang transaksi,boleh lah di Recipient email kan ke ululalbabmoncheh@gmail.com (sekadar pemberitahuan sahaja)

Berikut Adalah Butiran Akaun Dana Ulul Albab..

NO AKAUN: 555078137567 (MAYBANK)
AKAUN MUAFAKAT MRSM GEMENCHEH


" Barangsiapa yang ingin doanya termakbul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi kesulitan orang lain"(Hadis Riwayat Ahmad)

Penyelaras Ulul Albab
Mrsm Gemencheh.
READ MORE - DANA ULUL ALBAB

RAMAH MESRA MUAFAKAT



16 April merupakan detik bersejarah bagi pelajar MRSM Gemencheh kerana buat pertama kalinya mereka dapat bersua muka dengan YDP MUAFAKAT MRSM Gemencheh yang baru,Yang Berbahagia Dr Ishak Bin Sulaiman.Dekan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Bersama rombongan Muafakat,beberapa ajk turut serta dalam Program Pesanan Ayah Bonda.bertempat di Surau MRSM Gemencheh,pertemuan dengan semua pelajar,YDP MUAFAKAT memberikan ucapan sulungnya menyuntik semangat ingin berjaya kepada semua pelajar,khusunya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Seterunya,pertemuan bersama Ustaz dan Ustazah Ulul Albab.Bertemuan selama hampir 2 jam tersebut dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua yang meluahkan rasa bersyukur dan gembira di atas kesudian YDP serta ajk-ajk yang lain menawarkan diri bagi BIRO ULUL ALBAB yang baru diwujudkan di dalam Badan MUAFAKAT MRSM Gemencheh.

YDP Muafakat,Dr Ishak Sulaiman,merangkap ketua Biro Ulul Albal melahirkan rasa bersyukur di atas pertemuan tidak rasmi tersebut.Beliau mengingatkan semua mengenai tujuan dan harapan semua pihak pada Program Ulul Albab ini adalah sangat besar dan kewujudan Biro Ulul Albab ini adalah antara usaha MUAFAKAT mewakili ibubapa pelajar bagi bersama-sama berusaha mencapai objektif melahirkan generasi Ulul Albab.Di samping mendengar beberapa permasalahan yang wujud serta mengumumkan Akaun Dana Ulul Albab.
READ MORE - RAMAH MESRA MUAFAKAT

Berita Semasa

.::Akhbar::.

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera MyKKK

.::TV Online::.

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9

Tazkirah

My Blog List

Followers