
16 April merupakan detik bersejarah bagi pelajar MRSM Gemencheh kerana buat pertama kalinya mereka dapat bersua muka dengan YDP MUAFAKAT MRSM Gemencheh yang baru,Yang Berbahagia Dr Ishak Bin Sulaiman.Dekan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Bersama rombongan Muafakat,beberapa ajk turut serta dalam Program Pesanan Ayah Bonda.bertempat di Surau MRSM Gemencheh,pertemuan dengan semua pelajar,YDP MUAFAKAT memberikan ucapan sulungnya menyuntik semangat ingin berjaya kepada semua pelajar,khusunya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Seterunya,pertemuan bersama Ustaz dan Ustazah Ulul Albab.Bertemuan selama hampir 2 jam tersebut dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua yang meluahkan rasa bersyukur dan gembira di atas kesudian YDP serta ajk-ajk yang lain menawarkan diri bagi BIRO ULUL ALBAB yang baru diwujudkan di dalam Badan MUAFAKAT MRSM Gemencheh.YDP Muafakat,Dr Ishak Sulaiman,merangkap ketua Biro Ulul Albal melahirkan rasa bersyukur di atas pertemuan tidak rasmi tersebut.Beliau mengingatkan semua mengenai tujuan dan harapan semua pihak pada Program Ulul Albab ini adalah sangat besar dan kewujudan Biro Ulul Albab ini adalah antara usaha MUAFAKAT mewakili ibubapa pelajar bagi bersama-sama berusaha mencapai objektif melahirkan generasi Ulul Albab.Di samping mendengar beberapa permasalahan yang wujud serta mengumumkan Akaun Dana Ulul Albab.

0 comments:
Post a Comment